Biarkan anak bermain
Kanak-kanak memang gemar bermain apa sahaja. Jangan asyik melarang anak bermain kerana anda mungkin akan melumpuhkan kreativiti anak anda. Jadi berikan kebebasan si manja untuk bermain asalkan tidak membahayakan keselamatannya.
Pada peringkat setahun hingga tiga tahun, kanak-kanak mulai membina sikap meneroka ke seluruh ruang rumah untuk bermain dengan apa sahaja objek yang mereka temui. Objek-objek seperti kotak, kertas dan botol- botol kecil yang dianggap tidak berguna oleh orang dewasa merupakan suatu alat mainan yang mengasyikkan bagi kanak-kanak.
Apakah Faedah Kanak-kanak Bermain?
Melalui kegiatan bermain kanak-kanak sebenarnya secara tidak langsung telah berupaya mengukuhkan lagi keterampilan, ketangkasan, imaginasi malah mampu pula menganalisis masalah. Proses secara tidak langsung tadi meliputi pelbagai tahap pergerakan seperti meraih, menggenggam, berjalan, memegang, menjulur, menyentuh, menggigit, menjilat dan lain-lain lagi. Proses ini boleh digelar sebagai proses penerokaan melalui lima pancaindera.
Rumah Sebagai Tempat Bermain
“Segalanya bermula dari rumah” adalah ungkapan yang kita dengar untuk menggambarkan bahawa rumah merupakan tempat atau lokasi paling awal dan terbaik untuk mendedahkan kanak-kanak dengan perkara baru. Di rumah anda boleh memberi anak-anak bermain dengan apa sahaja objek selagi ia tidak membahayakan. Periuk, mangkuk plastik dan sudu, anda tentu terperanjat bila mendapati anak anda boleh membuat pelbagai bunyi dengan menggunakan pelbagai alat yang telah anda berikan tadi. Mereka belajar mengangkat sudu dan mengetuk periuk. Secara tidak langsung anak anda belajar mengenal bunyi dan bentuk yang termasuk dalam subjek sains.
Bermain Sebagai Terapi
Bermain sebenarnya boleh dijadikan sebagai pemulihan terapi untuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang gemar bermain dengan anak patung atau “soft toy” lazimnya gemar bercakap-cakap, menyikat rambut dan memakaikan baju pada anak patung kesayangannya. Semua proses ini mengajar anak agar lebih yakin dan tenang apabila menghadapi sesuatu masalah. Anak yang tidak gemar bertemu doktor umpamanya boleh diajar bermain doktor-jururawat menggunakan anak patung kesayangan mereka itu. Melalui permainan doktor-jururawat ini mereka diajar memahami tugas-tugas doktor sekali gus menenangkan perasaan dan sebagai suatu pemulihan terapi yang baik untuk mereka.
Bermain Sebagai Proses Fizikal
Lumrah dalam dunia kanak-kanak adalah bermain.Bermain tidak bermakna mereka hanya sekadar bermain,tapi melalui bermain kanak-kanak dapat belajar dan meneroka perkara baru.Ibu dan bapa perlulah memberi peluang anak-anak banyak bermain tapi...permainan itu biarlah berasas,Penglibatan ibu bapa dan interaksi ibu bapa antara anak-anak adalah KUNCI yang paling terbaik sekali dalam mendidik anak-anak.
Anak-anak memang perlukan perhatian,semakin banyak kita bersama mereka semakin erat hubungan kita dan kekeluargaan antara ibubapa dan mereka.Kehidupan yang bahagia adalah salah satu aktiviti yang sihat.
Bagilah peluang kepada mereka untuk mencuba perkara yang mungkin kita rasa agak payah tapi cara ini dapat mengembangkan pemikiran mereka .Antara aktiviti yang peru didedahkan pada anak-anak seperti :
Bagilah peluang kepada mereka untuk mencuba perkara yang mungkin kita rasa agak payah tapi cara ini dapat mengembangkan pemikiran mereka .Antara aktiviti yang peru didedahkan pada anak-anak seperti :
- Menggunting,mengonyak,merenyuk dan menconteng kertas.Jangan terkejut jika ada kanak-kanak yang belum pandai mengonyak kertas tapi mereka menarik agar kertas terkoyak .PERHATIKAN !!
- Menyusun,menyimpan,mengambil barang.Kadangkala ada anak-anak tidak tahu atau fokus dlm mendengar satu bentuk arahan.
- melompat,menendang,berlari dll ...pastikan anak-anak aktif,jangan sampai orang hairan kenapa IQ anak-anak kita agak slowly...lagi-lagi bila kita memberi arahan,dia agak terpinga2,,anda perhatikan...
Permainan Patung
Alisha suka main anak patung rupanya....
Saya baru tahu yang alisha ni suka main anak patung @ barbie rupanya... Selama ni saya tak pernah belikan dia anak patung ni pun.. bukan apa, pasal saya takut.. hahhaha.. Takut semenjak tengok cerita patung yang pandai membunuh tu.. tajuk apa ntah, dah lupa.. hhihii.. So, macam2 lah yang saya bayangkan.. ekekekke
Padahal masa saya kecik2 dulu, saya pun suka main anak patung camni tau u all.. siap sanggup jahit baju untuk anak patung lagi... hahahha... tak menahan betoi zaman kecik2 dulu.. hihii... Semalam, saya bagi Alisha makan nasi dekat luar rumah @ dekat garaj kereta.. boleh pulak alisha bawak sekali anak patung yang pandai mengayuh basikal tu... muahahaha..
Sambil saya suap alisha makan, sambil dia main anak patung tu... (",)
Time ni, alisha nak letak kaki patung tu atas lantai.. konon2 macam nak suruh berjalan lah.. hehehhe
Yang paling alisha suka adalah main rambut patung ni.. dari kemas terikat, sampai dah kusut masai rambut anak patung tu... hehhehe.. Bila saya tengok alisha main anak patung ni, mulalah buat saya terpikir nak belikan anak patung barbie dekat alisha.. kan patung barbie tu ada macam2 barang mekap.. dengan sikat beria bagai.. bolehlah alisha 'mekap2' kan patung barbie tu nanti.. hihii
http://www.youtube.com/watch?v=cqW_w9ku-88
Permainan merenyuk kertas
merenyuk kertas boleh menguatkan motor halus atau jari-jemari kanak-kanak untuk memudahkannya menulis kelak atau memegang sesuatu benda…
http://www.youtube.com/watch?v=cqW_w9ku-88
No comments:
Post a Comment