LAMAN UTAMA
APAKAH ITU TASKA??
- TASKA adalah singkatan kata dari Taman Asuhan Kanak-Kanak.
- Taska boleh didefinisikan sebagai "mana-mana premis yang menerima masuk kanak-kanak melebihi 4 orang yang berumur 4 tahun ke bawah selain dari seisi rumah dengan menerima upah. "TASKA adalah berbeza dari TADIKA dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak.
- Tujuan TASKA diadakan adalah untuk membantu ibubapa menjaga anak-anak mereka sepanjang ketiadaan ibubapa. Penubuhan Taska perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Penubuhan Taska Delima Kasih sewajarnya atas inisiatif untuk membantu memenuhi keperluan semasa ibu bapa bekerja. Walau bagaimanapun, penjagaan yang betul dan berteraskan pendidikan yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak secara berterusan adalah perlu diutamakan.
PENGENALAN
Taska Delima Kasih menitikberatkan potensi diri kanak-kanak dengan
menzahirkan kehendak mereka melalui kepelbagaian aktiviti. Ini kerana,
kanak-kanak yang berusia 0-4 tahun boleh dididik bagi merangsang pertumbuhan
dan perkembangannya.
Kini,
adalah menjadi tanggunjawab Taska Delima Kasih untuk membantu
kanak-kanak menikmati perjalanan kehidupan yang berkualiti dengan
menterjemahkan kehendak dunia kanak-kanak kepada aktiviti bermakna. Sejajar
dengan itu, Taska Delima Kasih berperanan mengasuh dan mendidik
kanak-kanak berlandaskan 4 fasa perkembangan utama itu Perkembangan Kognitif,
Perkembangan Fizikal, Perkembangan Bahasa dan Perkembangan Sosio-emosi.
TASKA DELIMA KASIH telah ditubuhkan pada 26 JUN 2006
TASKA DELIMA KASIH telah ditubuhkan pada 26 JUN 2006
Walau
bagaimanapun, hari ini Taska Delima Kasih berusaha membantu ibu bapa
membuat pilihan yang bijak untuk melengkapkan kehendak anak-anak yang
disayangi.
“Anak yang baik adalah dari didikan yang sempurna.
Hargailah mereka dengan seadanya”.
Hargailah mereka dengan seadanya”.
OBJEKTIF
Matlamat utama Taska Delima Kasih terhadap kanak-kanak, adalah
dengan harapan:-- Kanak-kanak berkebolehan menguasai kemahiran mengikut tahap usia mereka.
- Boleh mempertingkatkan potensi diri melalui 4 perkembangan utama iaitu kognitif, fizikal, bahasa dan sosio emosi.
- Menterjemahkan kehendak kanak-kanak dengan kepelbagaian aktiviti.
- Kanak-kanak dapat menikmati rutin kehidupan yang bermakna.
- Dapat bergaul mesra sesama rakan dengan mengamalkan nilai-nilai murni.
- Dapat menguasai aktiviti dengan menzahirkan dunia dengan aktif dan jayanya.
No comments:
Post a Comment